Beratnya mata memandang,
berat lagi hati menerima,
bila melihat Dia
bermadu asmara dengannya.
Tiada kata yang mampu diucap,
hanya air mata yang terdaya mengalir,
menyambut kesedihan yang bertandang,
mengubat luka yang kian parah.
Sungguhpun ku tahu,
mengejar angin tiada gunanya,
bertepuk sebelah tangan tiada bunyinya,
namun cinta ini hadir tidak ku undang,
menusup perlahan,
menyubur hati,
berbunga jiwa,
membawa diri ke alam fantasi,
di mana bahagia mula terasa,
Apa yang datang ada perginya,
apa yang mula ada akhirnya,
dan mungkin telah tiba masanya,
untuk ku membenarkan cinta yang datang ini pergi,
pergi meninggalkan ku,
sepi keseorangan,
untuk ku menerima kenyataan,
bahawa
Hatinya Bukan Untukku...
bila melihat Dia
bermadu asmara dengannya.
Tiada kata yang mampu diucap,
hanya air mata yang terdaya mengalir,
menyambut kesedihan yang bertandang,
mengubat luka yang kian parah.
Sungguhpun ku tahu,
mengejar angin tiada gunanya,
bertepuk sebelah tangan tiada bunyinya,
namun cinta ini hadir tidak ku undang,
menusup perlahan,
menyubur hati,
berbunga jiwa,
membawa diri ke alam fantasi,
di mana bahagia mula terasa,
Apa yang datang ada perginya,
apa yang mula ada akhirnya,
dan mungkin telah tiba masanya,
untuk ku membenarkan cinta yang datang ini pergi,
pergi meninggalkan ku,
sepi keseorangan,
untuk ku menerima kenyataan,
bahawa
Hatinya Bukan Untukku...
4 comments:
opai putus cinta ehh...sian die...gie ler tgk sepi lagi...no wonder u cry...huhu...tabahkan hati opai...
mengarut la opai nih...
bak kate naguib...
pening tau kpale bace madah berhelah u nih...
haha...
gurau je...
kuar kan lagi sume sajak yg ade tue...
saya tau siapa dia orangnya....
huhuhu...
uols ni tak yah lah nak berteka-teki
post ni utk kawan iols....
iols tumpang sekaki jah feeling2 ni.....huhuhu
tapi mcm i jah yg terlebih feeling,
huhuhu
Post a Comment