Tuesday, September 23, 2008

Ramadhan 1429 - Day 24


Dikala saya menaip entry ni, waktu sudah jam 12.03 am. Mengantuk memang mengantuk, lebih2 lagi bila nak bangun sahur esok. Tapi saya terpanggil utk buat entry baru. Banyak perkara yg perlu dilakukan, dan sesungguhnya waktu yg diberikan Allah itu cukup utk semuanya. Tetapi sudah menjadi lumrah manusia utk melenggahkan sesuatu yang baik dan masa sering dipersalahkan.

" Demi masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh, dan nasihat-menasihati kepada kebaikan, dan nasihat-menasihati dengan kesabaran"

[ Al-'Asr : ayat 1-3 ]

Sudah semestinya ayat di atas terlalu lazim utk kita, tapi sebagai manusia kita sering kali memandang enteng tentang masa walaupun sudah diperingatkan di dalam Al-Quran sendiri, dan diri saya tidak terkecuali. Ayatnya memang pendek tetapi penuh bermakna sekali. Azam sebelum Ramadhan banyak kekurangan dan kejahilan diri hendak di perbetulkan, tetapi sampai ke hari ini, saat ini, hanya Allah sahaja yg tahu sejauh mana saya melaksanakan azam tersebut. Bila difikirkan balik, memang salah diri sendiri kerana gagal mengurus kan masa dgn baik, dan ini meliputi segala-galanya, masa utk study mahupun masa utk bersosial. Kekesalan memang sering menyusul, tetapi kesal itu hanya sementara, dan sesungguhnya, ini tidak betul sama sekali.

Walau apa pun yang sudah terjadi, semua nya sudah menjadi sejarah dan moga-moga sejarah yang tercipta menjadi pedoman utk hari esok. Disini, saya ingin mengigatkan diri sendiri tentang penggunaan dan pengurusan masa dgn betul. Janganlah kerana kesalahan sendiri, masa yang menjadi mangsa kekejaman manusia yg mementingkan diri sendiri.

Dan kepada mereka yang gemar memberi false hope kepada kawan2 korang, hentikanlah! Kerana tiada faedahnya, ianya hanya menanam perasaan marah dan geram. Saya juga pasti anda tahu perasaan org yg mendapat false hope ni, so kalo tahu kenapa still nak buat org
lain mcm tu?






No comments: