Tuesday, April 29, 2008

Bila Tiba Masanya.....


Bila tiba masanya, Matahari akan terbit menggantikan Bulan,
Menerangi Alam dengan cahayanya yang terang,
Menghangatkan suasana selepas malam.

Bila tiba masanya, bunga akan mekar mengembang,
Menghiasi taman dengan pelbagai warna dan rupa,
Menarik perhatian sang rama-rama yang menambahkan lagi seri di taman,
Haruman yang mekar mewangi memikat sesiapa sahaja yang melewati.

Bila tiba masanya, Hujan akan turun,
Membasahi bumi yang gersang,
Menyuburkan tanah yang tandus,
Memberi harapan kepada hidupan.

Bila tiba masanya, seorang bayi akan dewasa,
Mempunyai kehidupan sendiri,
Mengharungi hari yang mencabar sendiri,
Tanpa bantuan Ibu dan Bapa.

Dan Bila tiba masanya,
Kematian itu pasti,
Begitu juga dengan Hari Kiamat,
Dimana bumi yang indah ini akan musnah,
Dan tiada siapa pun akan terselamat daripada kebinasaan itu.

Dan mungkin, telah tiba masanya,
Untuk Aku melakukan penhijrahan ini,
Kembali di atas jalan yang benar,
Untuk merasai cinta yang satu.

Ku tahu, bukan mudah,
sudah ku saksikan dan rasakan ujian yang hebat,
Namun harus ku gagah kan diri, Tabahkan hati,
Kerana jalan ini telah ku pilih,
Dan aku yakin segala kekuatan akan ku perolehi,
Melalui KasihNya, Tuhan yang esa.

Ku mohon dan ku harap,
Agar sahabat sekalian memahami dan mengerti,
Biarpun Jalanku berubah,
Namun Naufal tetap Naufal,
Dan ku harapkan sokongan,
kerana luka masih dalam,
dan hanya masa yang boleh mengubatinya.

1 comment:

Anonymous said...

dan tatkala saat itu tiba ...malah mungkin telah pun tiba....jika kamu terpelosok....tolehlah....mungkin aku akan berada di belakang menghulur tangan sebelom ko terus melangkah gagah......mengukir senyuman menghampar kasih menuju impian nan abadi.......

sekalung tahniah!!!!