Bila pertama kali berjumpa,
semua terasa pelik,
ada yang ramah,
ada yang segan,
tak kurang juga mereka yang tak tahu malu!
Jalinan terbentuk,
selepas berpuluh kali berjumpa,
kepercayaan terbentuk,
bila beratus kali berjumpa.
Suka dan duka sering di kongsi bersama,
jalan yg penuh liku di hadapi bersama,
tekanan yg terasa menjadi ringan,
hanya kerana kehadiran mereka.
Tidak akan ku lupa,
gelak dan ketawa,
Akan ku ingat.
jeritan dan lalakan mereka,
Akan segar,
segala bunyi yang pelik sering kali terdengar,
Akan ku gelak kembali,
dengan lawak dan gurauan bersama,
Senyuman pasti terukir,
bila wajah mereka tergambar di minda.
Rasanya seperti semalam baru berjumpa,
berkenalan, berlawak-jenaka,
merajuk, beremosi, dan berkongsi cerita,
Namun itu semua hanyalah kenangan,
kerana semalam,
adalah hari terakhir kita bersama,
dan kini,
Masanya telah tiba.
Perjuangan masih belum selesai,
Tapi kini,
semuanya diambang perpisahan,
Bila tiba masanya,
Selamat tinggal harus ku ucapkan,
kepada mereka yg ku kenali,
kepada mereka yg ku percayai,
kepada mereka yg telah menambah warna kehidupan ke dalam diriku.
Terima kasih ku ucapkan,
kerana hehadiran kalian tidak sia-sia dalam hidup ku,
dan akhir kata,
Selamat Tinggal.
No comments:
Post a Comment