Friday, March 28, 2008

Perhentian Here I Come!-Part 3-


-sunrise-

untuk org yg tido awal the day before sepatutnya bangunlah awal, tapi orang itu bukan saya....huhuhu. Kononnya nak bangun awal tengok sunrise tapi tak dapat lah nak melihat nya since pkl 7.00 baru keluar chalet, but anyway, terlindung pun matahari tue disebalik pulau yg lagi satu....

Hari ni menarik sikit aktiviti sebab pergi snorkeling, tapi sebelum tu kami menyediakan makanan utk dimakan di atas bot, bak kata Baang, nanti penat dan kelaparan, so banyak lah bekalan makanan dan minuman yg kami bawa. Tapi yg paling best sekali, kita org naik 2 bot yg berbeza and 1 bot bawa roti, 1 bot lagi bawa air, sgt tak balance kan!

-cuba teka mana saya-

lebih kurang pkl 11 tue, kami pun naik bot dan menuju ke destinasi pertama kami, kat sini banyak ikan yg comel2 and colourful, and kita org bagi ikan2 tue makan roti. It's my first time doing this and i'm really enjoy doing it!

dah puas kat sini, kami bergerak ke destinasi seterusnya, tempat penyu and nampaklah seekor penyu sedang melantak di dasar laut and sungguh tak ku sangka, gambar penyu yg kat dlm tv tu semuanya mcm tipu jer. Memang tak di nafikan penyu mempunyai cengkerang yg cantik, tapi kalo tak di bersihkan mestilah tak secantik dlm gambar kan!

next stop is shark's port, unfortunately( is it?) seekor pun tak kelihatan, by this time saya dah kesejukan tahap cipan yg tak tahan tue....

then we stop at kampung nelayan for lunch, tak tau lah berapa lama, tapi cukup lah untuk saya memanaskan badan yg kurang lemak nie!

dah makan, kita org stop pulak dkt fire house kat tgh laut tu, where we see very beautiful coral reef, of various size, colour and shape, mmg cantik gila. Ada yg besar, and just about few meter from water surface that can almost be touched, tapi sebab besar sgt saya sgt takut melihatnya. Kat sini jugak lah ramai bebudak jantan melepaskan hajat mereka, huhuhuhu!


dah cukup pusing 360 darjah kat situ, kita org stop break kat 1 of the beaches kat pulau tu...the sand is so soft there, sgt menarik, pantai nya pun cantik!

-sapa posing paling seksi?-

that beach was our last stop, and we get back to our beach around 5, and sapa yg tak sembahyang lagi, pergi sembahyang( saya lah tue, huhuhu). Pas tu mandi lagi kat pantai tue, and kemudiannya saya ditanam hidup2 kat pantai tue...huhuhu

dah puas semua org menanam saya, mandilah lepas tu, tak tahan miang! huhuhu

dinner mlm nie special sikit, ada BBQ. Tapi yg tak best nya, apa yg saya nak tak der, and di gantikan dgn ayam and yg paling best sekali my meal arrived when all people already done with their dinner! what a waste of time, tak best betul!

since it the last night kat sana, mlm tu tido lambat sikit...i jln2 di pantai bersama 5 lelaki yg lain.
best nya kalo dpt stay all night and meluahkan perasaaan pada seseorg kan!


Thursday, March 27, 2008

Perhentian Here I Come!-Part 2-


Sememangnya semua org excited tak sabo nak menjejakkan kaki kat Pulau tu. Tapi, before kita org naik bot kita org beli lunch dulu since everything is expensive kat pulau tu bak kata Baang, which is true!


kami naik bot tu around pkl 9.00 pagi rasanya, and naik bot tue adalah satu pengalaman yg sangat menyeronokkan (sorry lah if i'm sound so jakun! huhuhu, but seriously it was fun riding on that boat, better than riding a roller coaster)

mistake number that i did, wearing shoe to the island. Seriously pakai selipar cukops! sebelum turun tu kenalah i buka kasut tu dulu and selamat lah tak basah, kalo tak gila lah nak keringkan kasut pulak! lupa nak cerita pasal food supply yg melambak! saya tak tahu the exact quantity yg Baang dan rakan2 bawa, tapi sememangnya banyak plus 2 kotak mineral water rasanya, so penatlah nak mengangkut barang2 tue, dah lah saya ni kena bawa kettle!

Boys always be boys! can't believe i mentioned that, tapi seriously laut dan pantai kat pulau tu sgt menggoda, apa lagi mandi lah saya dan bebudak lelaki yg lain. Dah penat mandi, lepak lak kat pantai yg cantik tue yg sentiasa penuh dgn paus2 putih yg terdampar! pastu balik chalet mandi, lunch and solat sat.

selamat ambil gambo jer, kalo tak bising blog nie!
huhu, jgn marah Fir!

pas tu dok lagi kat tepi pantai tue, and tak tau lah sapa punya idea nak ke perkampungan nelayan, so berbondong-bondonglah kami bergerak kesana, without Azraq, Baang, and Mat Min yg masih tergilakan pantai tu!


mcm pelarian pun ada gak! huhu

saya masih ada kat belakang ni, jgn risau!

IT'S NOT AN EASY JOURNEY TO THE VILLAGE!
jungle tracking jadinya, turun bukit, naik bukit and seriously penat but it was a fun journey, best!
sampai sana minum air pastu balik mcm kelakar pulak bunyi nyer, huuhuhu.....masa nak balik tue, bebudak lelaki lain nak berjogging balik ke sana, but all the girls and i take the easy road dgn menaiki teksi boat, senang habis cerita! huhuhu....

Dah samapi pantai tue, apa lagi, tukar baju and terus terjun, and before that i did a really important thing, applying my sun block of course, huhuhu! Agak2 dah nak maghrib tu, kami pun balik mandi and solat

first night mcm tak der paper sgt, just pergi dinner and saya tido sgt awal mlm tue, penat kot tak cukops tido dlm bas the day before, huhuhu!
frustrated ada jugak kot, tapi kenapa yek? huhu
zharif jawab soalan tu!

Perhentian Here I Come!-Part 1-


sudah semestinya semasa saya menaip ni, saya baru balik dari perhentian tu and masih mengantuk ni, huhuhu; but anyway saya nak cerita jugak!

Yang perginya ada 15 org semuanya, tapi hanaya ada 7 org yg bertolak dari KL, iaitu saya, Fir, Haizum, Zarina, Zak, Asma dan Yan dan kami menaiki bas pkl 9.30 mlm. Saya dan 5 org peprempuan tu bertolak ke perhentian putra dlm pkl 8.00 mlm dan si Fir ni sempat lak main bola ptg tue kat Shah Alam, selamat lah sempat sampai before bas bertolak! So, kami nerenak 6 ni pun singgah lah kat The Mall, and kelima-lima perempuan ni melantak McD (hehehe, Jgn marah), dan saya hanya tapau je and tapau fir punya sekali....

Untuk perjalanan yg jauh, kami kurang bernasib baik sebab dapat seat bas kat belakang sekali especially saya, fir, asma and zarina dan bas tu sgt laju mengikut kata zak dan yg lain2, dan saya just tutup mata dan buat bodoh serta berpura-pura tido(di sinilah yer mereka terperangkap, hahahaha) dan ini hanya terjadi selepas Fir melantak karipap zak, hahahaha. Masa saya berpura2 tido ni lah mereka mengumpat pasal hidung saya yg 'COMEL' ni, huhu, dan tetiba jer saya rasa hidung saya ni mmg besar, sampai kemana-mana pun org perasan yg hidung ni besar, hahahaha. Masa melaui Pahang Asma dgn tetiba nyer menjadi tourist guide kami menceritakan sedikit sebanyak tentang Bdr Bentong, and tak sangka semuanya berpura2 minat mendengarnya, hhuhu, jgn marah Asma.

Gedebak-Gedebuk, lebih kurang pkl 5 pagi kami sampai Kuala Besut, and teruslah menuju ke surau yg berhampiran dan surau itu masih terkunci, so kami tunggu sampai subuh baru dapat masuk, selepas subuh, apa lagi semua org sambung tido kecuali saya, sibuk menyapu sun block di muka dan tangan yg berharga nie, huhuhu. Dalam pkl 7 pagi kami bergerak mencari tmpt utk sarapan dan terumpa lah kedai yg berwarna hijau di antara kedai2 lain yg berwarna oren. Saya makan roti bakar jer!

Fir dan Muka ngantuk nyer yg dipaksa senyum!

Selesai makan yg lain pun tiba Tim, Miza, Wong, Adam, Azraq, Izaquan, Baang dan Mat Min.
Gedebak-Gedebuk, kita org naik bot around pkl 9 kot......